Wednesday 20 April 2011

Rintik Hujan Itu Bagaikan Aku

Mendung di luar sana seolah2 hari akan hujan.. Gelap dan suram amat susah di lihat dengan pandangan yang jelas.. Begitulah apa yang di rasai oleh sekeping hati ini..

Air hujan yang turun di luar amat mendamaikan jiwaku.. Kadang aku memandang ke luar tingkap melihat setiap titisan air yang mencurah dari langit.. Ingin saja aku mengira berapa banyak titisan yang turun.. Namun amat mustahil bagiku..

Hujan yang damai menyejukkan hatiku yang kini dalam membara.. Hatiku sejuk akan tetapi rasa panas bagaikan mahu saja aku menjerit kuat di luar.. Tapi aku tak boleh melakukannya.. Aku tak mampu untuk menjerit sekuat rasaku apa yang telah ku papah selama ini..

Ingin saja aku berjalan di dalam hujan.. Berjalan menuju lorong yang aku sendiri tak tahu mana arahku.. Amat aku dambakan untuk menanggis di sini.. Namun ego aku terlalu tinggi.. Mungkin aku ego amat kuat.. Tapi di dalam hujan, aku mampu menanggis kerana di masa itu tiada siapa yang tahu aku sedang menangis.. Tiada siapa tahu hati aku sedang derita..

Sungguh aku amat sukakan rintik2 hujan yang damai itu.. Seolah aku rasakan itulah raungan dari hatiku.. Aku bukan manusia yang kuat seperti orang yang memandang ke arahku.. Aku punya rasa yang amat lemah.. Sendiri menjalani kehidupan seolah2 aku punya semangat yang tinggi..

Cuba kamu lihat hujan yang turun di kala petang itu.. Cuba kamu capai sebanyak mana rintik2 hujan yang termampu olehmu.. Itulah rindumu terhadap diriku.. Dan rintik rintik hujan yang kamu lihat, dan tidak dapat kamu capai itu lah sebanyak mana rinduku padamu.. Sungguh aku amat rindukan satu wajah..

Rintik hujan, mendung di luar, pelangi yang muncul dan matahari yang bersinar serta langit yang membiru.. Bagai suasana rasaku kini~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IT'S SUMMER

YAY
♥ sweet_designsx3 ♥ l&f ♥ subscribe ♥ fans ♥ PRIVATE