Saturday 30 April 2011

Aku dan Kalian dalam Kenangan Kita

Masihkah ada seberkas ingatan dalam hatimu?
Ingatan yang tercipta dikala kita bersama dulu...
Kenangan tentang kisah persahabatan kita...
yang kini mula aku rindukan...
saat-saat yang kita lalui bersama...
Ada suka...
Ada duka...
dan senda tawa yang menghiasi hari-hari kita...
Mungkinkah akan ku temu kan kembali?
X pernah ku biarkan ombak menghapus kenangan kita...
Semua kenangan kita akan menjadi separuh dari nyawaku...
dan menjadi sebahagian dari hidupku...

Sahabat...
berjanjilah padaku...
kalian semua x akan melupakan aku...
dan semua kenangan kita...

Friday 29 April 2011

29/04/2011

malam nie..aku teringat kat seseorang...rase rndu cgt kat dye...lme cgt dh x jmpe...rse camdh x tahan cgt dh nk tanggung rindu...ary2 aku tunggu dye..tunggu utk bertemu dgnnyer...hahahaaa...feeling ar plak mlm nie...tp 2 la hakikatnyer...mmang aku sgt2 rindu....!!!

Wednesday 20 April 2011

kebahagiaan mengenali seseOrang

mengenali awak..
satu kebahgiaan dalam hidup ini..
ibarat segala masalah hilang..
awak hadir di saat saya memerlukan teman bicara..
teman meluahkan kekusutan..
dan kita memutuskan untuk bersama..
perhubungan kita terlalu pantas..

tapi awak..
hidup ini bukan antara kita berdua sahaja..
banyak yang perlu kita fikirkan..
banyak yang perlu kita pertimbangkan..
sebarang keputusan adalah untuk kebahgiaan semua..

seandainya awak tahu..
kecewa dan di kecewakan telah menjadi perkara biasa..
sehingga satu saat tiada sebarang harapan di pertaruhkan..
hanya menanti sahaja apa yang bakal berlaku..

awak..
kebahgiaan hanya akan hadir jika di iringi restu..
halangan memang manusia ciptakan dengan pelbagai alasan..
tapi jika halangan restu menjadi tembok utama..
saya tidak mampu untuk mengungkapkan kasih dan sayang..
apatah lagi cinta..
kerana saya tidak mampu lagi untuk memberikan harapan dan mengharap..

awak..
benar seperti yang di jangka..
halangan itu tetap hadir..
menguji kesabaran saya..
memberi tekanan demi tekanan..
sehingga saya terasa sukar untuk bernafas..
sukar untuk berfikir..
sukar menerima kenyataan..
dan akhirnya tangisan menjadi peneman..
airmata itu seakan mengerti perasaan saya..

awak..
bukan niat saya mempermainkan perasaan awak..
bukan niat saya untuk mengecewakan awak..
kerana halangan itu adalah restu yang amat saya perlukan..
bukan ya dan bukan tidak untuk di nyatakan..

akhirnya..
awak putuskan untuk berjuang dalam perhubungan kita ini..
awak, saya harap..
jangan menaruhkan harapan yang tinggi dalam perjuangan itu..
kerana saya takut..
takut awak akan kecewa..
kerana saya tidak mahu menjadi orang yang mengecewakan awak..
saya tidak mahu awak menangisi lagi sebuah kekecewaan..

awak..
jika suatu hari..
kita tidak dapat meneruskan perhubungan ini..
ingatlah yang awak memang terbaik..
tapi mungkin saya bukan yang terbaik buat awak..
ada insan lain yang di ciptakan untuk kita..
redha dan pasrah dalam menerima ketentuan Ilahi..

awak..
walauapaun yang terjadi,
antara kita takkan bermusuhan dan berdendam..
itu yang saya harapkan..
jika kita ikhlas dalam hubungan kita ini..
sulamilah ikatan kita nanti dengan sebuah persahabatan..

Rintik Hujan Itu Bagaikan Aku

Mendung di luar sana seolah2 hari akan hujan.. Gelap dan suram amat susah di lihat dengan pandangan yang jelas.. Begitulah apa yang di rasai oleh sekeping hati ini..

Air hujan yang turun di luar amat mendamaikan jiwaku.. Kadang aku memandang ke luar tingkap melihat setiap titisan air yang mencurah dari langit.. Ingin saja aku mengira berapa banyak titisan yang turun.. Namun amat mustahil bagiku..

Hujan yang damai menyejukkan hatiku yang kini dalam membara.. Hatiku sejuk akan tetapi rasa panas bagaikan mahu saja aku menjerit kuat di luar.. Tapi aku tak boleh melakukannya.. Aku tak mampu untuk menjerit sekuat rasaku apa yang telah ku papah selama ini..

Ingin saja aku berjalan di dalam hujan.. Berjalan menuju lorong yang aku sendiri tak tahu mana arahku.. Amat aku dambakan untuk menanggis di sini.. Namun ego aku terlalu tinggi.. Mungkin aku ego amat kuat.. Tapi di dalam hujan, aku mampu menanggis kerana di masa itu tiada siapa yang tahu aku sedang menangis.. Tiada siapa tahu hati aku sedang derita..

Sungguh aku amat sukakan rintik2 hujan yang damai itu.. Seolah aku rasakan itulah raungan dari hatiku.. Aku bukan manusia yang kuat seperti orang yang memandang ke arahku.. Aku punya rasa yang amat lemah.. Sendiri menjalani kehidupan seolah2 aku punya semangat yang tinggi..

Cuba kamu lihat hujan yang turun di kala petang itu.. Cuba kamu capai sebanyak mana rintik2 hujan yang termampu olehmu.. Itulah rindumu terhadap diriku.. Dan rintik rintik hujan yang kamu lihat, dan tidak dapat kamu capai itu lah sebanyak mana rinduku padamu.. Sungguh aku amat rindukan satu wajah..

Rintik hujan, mendung di luar, pelangi yang muncul dan matahari yang bersinar serta langit yang membiru.. Bagai suasana rasaku kini~

Friday 8 April 2011

Hati ini maSih utKMu

Kupandang langit malam yg gelap bertabur bintang, seperti taburan bayang mu yg menatap ku.
Jika bintang hanya sekadar bintang, kenapa ingin ku gapai dan ku dekap...Jika hati ini hanya sekadar hati, kenapa rindu ini semakin berat untukku tanggung..
Mungkin kerana diri ku dan dirimu saling menjauh, atau mungkin hanya diriku yang menjauhimu...Maaf, jika aku bersalah...
Tp kini ku tak sanggup utk mendekatimu, hanya karana menghargai perasaan mu dan dirinya, Setelah ku tahu rasanya sakit.. mungkin rasa iri, cemburu, dan rindu selama kte knal....
AHmm… Tapi, hati ku ini takkan pernah menjauhi dirimu bahkan utk melupakanmu....Karana nama dan wajahmu telah terukir dalam hati ini.
Ku sedar siapa diriku dan siapa dirimu, ku tak bermaksud utk memaksa dan ku ingin kau tahu. Hati ini masih untukmu entah sampai bila..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IT'S SUMMER

YAY
♥ sweet_designsx3 ♥ l&f ♥ subscribe ♥ fans ♥ PRIVATE